Epin’s Network


Main site DOWN..!!

Posted in News by epin on May 12, 2006

argh…tension gak…tak tau camne nak berblogging lagi…buat mase nie,pakai yg nie dulu laaa…sedih.. :( …site aku http://gieworks.net elah down hampir sebulan…n tak tau bile akan up balik…owner hosting mengalami masalah sebab co-location tak bayar bil kat data center…so,line2 bawah co-lo yg tak bayar tu,terus tak ble access…antu…sumer data selamat dalam tu,cume,connection je takde…erm…takpelaa..sementara nie,aku pakai je yg nie dulu…

Ruang Download MP3

Posted in Download by epin on November 18, 2005
Assalamualaikum kepada sumer user yang datang ke blog nie…nak buat satu pengumuman dimane ruang download MP3 kini dibuka untuk org ramai…korang boleh download sebanyak mane yg korang inginkan…tapi,cume lagu yg ade dalam list je laa…buat mase nie,baru upload lagu BUTTERFINGERS dgn lagu PETER PAN…so,sesiape yang nak REQUEST lagu,boleh buat kat MSJBOX dekat Epin’s Networks ..thanks sebab support blog me…ok
Ruang Download

Demam Makin Teruk…!!

Posted in News by epin on November 16, 2005
uhuk uhuk…adeh…minggu exam nie plak demam…makin teruk plak tu…sure 3 minggu baru senang camni…waa…nak study pun sakit pale…erm…studio dah lepas….bersyukur ke hadrat Ilahi sebab result yg ku terima menggumbirakan ati…terase sehat sekejap lepas dengar result tu…huuhuh…erm…sempena tgh demam nie,me tak ble nak buat entry bebanyak,sebab,banyak lagi subjek tak abis study…pastu,dengan wakaf yang blom siap lagi…adeh…banyak plak keje last2 sem nie…huhuh…baru mencabar betol tak…?uhuk uhuk…erm…memandangkan batuk nie makin menjadi2,me terpakse off dulu…esok lupe meĀ  buat entry lagi…

Sekadar Hanya Ingin Mengingatkan ….

Posted in News by epin on November 11, 2005

Sekadar Hanya Ingin Mengingatkan …



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali.

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan “Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ….

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya …)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

” Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR. Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur’an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesehatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Hargai Orang Yang Tersayang

Posted in News by epin on November 11, 2005

Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah
kamu mengambil
terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu
lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia
akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan
kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah
sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar
keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk
kamu menampalnya
semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh
digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya….Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya….
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu
akan berterusan
hingga keakhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang
kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu
berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan.
Kelak,
kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.