Epin’s Network


Hargai Orang Yang Tersayang

Posted in News by epin on November 11, 2005

Jika kamu memancing ikan….
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah
kamu mengambil
terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu
lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia
akan sakit oleh
kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
akan menderita
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan
kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah
sesekali
kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu
dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar
keperluanmu….
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk
kamu menampalnya
semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh
digunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah
seadanya….Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
anggaplah dia
manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya….
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu
akan berterusan
hingga keakhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang
kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu
berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan.
Kelak,
kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila
dia beralih arah.

3 Responses to 'Hargai Orang Yang Tersayang'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Hargai Orang Yang Tersayang'.

  1. yaniesuria said,

    hargai org tersayang….kamu xkn menyesal..;)

  2. dania said,

    huhuhu..kdg kita x sedar kita syg org tu..dan org tu syg kita..tul kn..

  3. epin said,

    erm…betol…tapi,kalo dah 2 2 senyap,susah laa…tapikn,mesti pmpuan nak laki start dulu…kenape ek..?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.